Ahli-Ahli Sindiket

Wednesday, July 11, 2012

Lawak Kelate : Saloh Pehe (Salah Faham)



Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran di negeri utara pantai timur:

Kontraktor rumah : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?

Pegawai Bangunan : Lagu ni..., mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tak leh! Tak Leh!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo!, cepatlah wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!!  kawe nak luluh rano, kalu kawe tak tengok!
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjok, kawe nak sain luluh lagu mano?


Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!


Pegawai bangunan : La!, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain lagi nih! Sibuk benar ni! Kena paham la!
Kontraktor rumah : hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepatla... tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut) , buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi kan? Pele ambo kecik! demo nok tengok jugak!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo paham! Hok dok mari doh pun tak penah jadi lagu nie! Demo dok mano?
Kontraktor rumah : Gua Muse! 

Wednesday, June 22, 2011

Lawak Binatang : Gajah Liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!" Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.







Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu." Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?". Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,

"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"


"Lu tak lari gua pijak lu" - Bobo Si Gajah Unggu








NotaKakiSindiket : Atuk yang hebat..

Lawak Binatang : Tak Sedar Diri

"Lu jangan nak hina gua, gua pun ada hati dan perasaan" - Encik Babi


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian......







Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..








NotaKakiSindiket : Babi lebih mulia daripada manusia berperangai BABI!!