Ahli-Ahli Sindiket

Saturday, May 28, 2011

Lawak SeKeluarga : 3 Orang Lelaki Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.








Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.









NotaKakiSindiket : Panjang akal betul!

Lawak SukaDuka : Mamat & Din

Mamat : Aku peliklah...tiap kali aku pergi cuti..mesti bini aku mengandung punye. 3 tahun dulu aku bercuti ke Bali, dia mengandung. Tahun lepas aku bercuti ke Phuket pun dia mengandung jugak.

Din : La...baguih dok ada la tu. Kali ni kau pergi la tempat-tempat sejuk pula macam Paris ke...sah Bini kau boleh mengandung lagi...ha..ha...ha...

Tetiba Mamat senyap pulak. Muka pun serius je. Suspen lak si Din rasa. Tiba-tiba Mamat bersuara semula...









Mamat : Tak boleh jadi ni...cuti kali ni aku kena bawak bini aku bercuti sekali nampaknya...tak boleh tinggal lagi....

Din tergamam. La....macam tu ker...








NotaKakiSindiket : Jeng Jeng Jeng....

Thursday, May 26, 2011

Semasa Sini Sana : Macam-Macam













NotaKakiSindiket : Dunia Oh Dunia. MasyaAllah..

Lawak Sekolah : Cikgu Berahim & Man Dol 3

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??













NotaKakiSindiket : Man Dol Lagi Terer Dari Cikgu Berahim

Lawak Sekolah : Cikgu Berahim & Man Dol 2

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.









Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.









NotaKakiSindiket : Man Dol Anak yang Soleh pasti masuk syurga

Lawak Sekolah : Cikgu Berahim & Man Dol

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.

Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".











"Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.








NotaKakiSindiket : Man Dol tau ilmu graviti gua rasa

Lawak SeKeluarga : Pak Pandir dan Petai

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
















NotaKakiSindiket : Makan Nasi Ulam Petai, Mau Sebat Tiga Pinggan

Lawak SeKeluarga : Cara Peguam

NASA sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."








Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"






NotaKakiSindiket : Perghhh Berbaur Rasuah

Tuesday, May 24, 2011

Lawak SeKeluarga : Basikal Lu Best Tak?

Lu ada basikal Fixie?

Lu ingat lu best bila buat skill macam ni?







Ni gua ada basikal yang lagi best mau tunjuk kat lu semua. Mana tahu tak lama lagi jadi trend baru pulak.












Ini nama dia JAMKAL = Jambam + Basikal. Basikal ni 2 dalam 1. Lu orang kalau sakit perut tak payah nak cepat-cepat cari tandas. Jimat masa & kos. Tapi lu jangan wheelie, takut isi kat dalam tu tumpah..haru nanti.





Yang ni Basikal Rumah Bergerak. Kalau lu orang yang jenis suka melepak dan malas balik rumah. Basikal ni sesuai untuk lu. Sekali keluar melepak, tiga empat hari baru balik rumah. Kat basikal ni lu bleh sumbat baju, selimut, berus gigi dan segala kelengkapan lain. Gua rasa kat belakang tu bleh sumbat dapur gas. Senang nak memasak. Cuba lu tengok pemilik dia, bangga sungguh beliau. Tu dah tiga bulan tak balik rumah tu.





Ni Basikal Marry Go Around. Kalau lu rasa nak naik basikal kasi keluar peluh tapi tak tahu halatuju. Basikal ni sesuai sangat. Lu kayuh seminggu pun situ la lu akan sampai. Kalau nak race pun boleh. Tapi takdak pemenang la.






Kalau basikal lu selalu pancit dan lu malas jalan. Lu suruh basikal lu yang jalan.






Ni yang paling 'RARE'. Buat ngan kayu. Ada bran buat fixed gear pakai kayu??




Orang kayuh basikal pakai kaki di kayuh pakai tangan. Bajet cam Transformer la tu! Tapi lu memang kreatif. Gua tabik!!







Tapi ni yang paling gua suka. Terbaik!! Retro







NotaKakiSindiket : Minyak-minyak mahl ni. Kita pakat naik basikal.

Monday, May 23, 2011

Lawak Couple : Ayat Awek

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?






Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.




Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)





NotaKakiSindiket : Boleh Pandang-Pandang, Duduk Regang-Regang, Nanti Kena Lempang!

Lawak SeKeluarga : Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Ketika Samy melawat India beliau telah terjatuh dan patah rahangnya.

Beliau tidak boleh bercakap. Sebagai pemimpin besar, beliau tetap meneruskan grand tour nya.....






Pada minggu terakhir kunjungannya, walaupun masih tidak mampu bercakap, Samy
berkeras ingin menghantar mesej kepada rakan-rakan kabinetnya.

Lalu Samy menangkap seekor ayam dan menunjukkan ke kamera.

Kemudian beliau mengambil seekor kambing, dan menunjukkan ke kamera.

Dan akhirnya sekali beliau mengambil beg dan ditunjukkan di depan kamera.

Dr Ling adalah orang pertama yang melihat klip video tersebut.

Dia berkata, "Samy ingin memberitahu kita bahawa India mempunyai makanan cukup kerana
beliau menunjukkan kita ayam dan kambing dan dia ingin Malaysia untuk menyumbangkan beberapa beg beras. "

Mahathir yang berdiam diri melihat video itu berkata, "Tidak lah .... apa Samy sedang cuba untuk
katakan adalah HE IS COMING BACK. "

Seluruh Kabinet
bingung dan melihat kepada Mahathir untuk
penjelasan.

Mahathir berkata, "AYAM KAMBING BAG."

("I AM COMING BACK" dengan accent Indianya).






NotaKakiSindiket : Ada lagi satu ayat Samy Yang Gua Tak Leh Lupa, "Marilah Kita Bersama-sama Menderma Dara" (Marilah kita bersama-sama Menderma Darah)

Sunday, May 22, 2011

Lawak Kisah Benar : Cita-Cita Gua

Masa zaman gua sekolah dulu-dulu kalau cikgu tanya pasal cita-cita gua malu nak cakap, sebab............

.

..

...

....

.....











Cita-cita gua tak sama dengan cita-cita orang lain.









Akulah Suria Baja Hitam









NotaKakiSindiket : Setau gua baja yang hitam adalah baja taik kambing. Amacam, best tak cita-cita gua?

Lawak Edisi : Beruang Polar Backkom


Kisah Si Backkom yang bernasib malang mahu jadi Super Hero.


















NotaKakiSindiket : Kesian sungguh kat beliau.